Sunday, February 3, 2013

Kegunaan Peta Minda dalam Pelbagai Bidang

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik,
jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003),
peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang
pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai “jaring” atau
“penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau
dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada
60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari
dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.

Friday, February 1, 2013

Minda kita suka kepada gambaran

Bila saya tuliskan perkataan BUAH BETIK” . Apakah yang anda lihat dalam gambaran minda anda. Adakah perkataan seperti bewarna merah ini ataupun gambar buah betik. Kebanyakan pasti akan menjawab mereka nampak buah betik yang berwarna kekuningan dengan isi didalamnya yang manis. Ini menunjukan bahawa minda kita suka kepada gambar dan warna.

 

Peta Minda bertujuan untuk mengubah nota yang ditulis secara liner kepada bentuk imeg yang boleh diingat sampai bila bila. Anda tidak perlu membaca dan membawa bahan yang tebal sebelum menghadapi peperiksaan tapi cukup sekadar sehelai kertas yang merangkumi semua maklumat yang sedia untuk dikeluarkan.