Sunday, February 3, 2013

Kegunaan Peta Minda dalam Pelbagai Bidang

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik,
jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003),
peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang
pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai “jaring” atau
“penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau
dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada
60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari
dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.

Friday, February 1, 2013

Minda kita suka kepada gambaran

Bila saya tuliskan perkataan BUAH BETIK” . Apakah yang anda lihat dalam gambaran minda anda. Adakah perkataan seperti bewarna merah ini ataupun gambar buah betik. Kebanyakan pasti akan menjawab mereka nampak buah betik yang berwarna kekuningan dengan isi didalamnya yang manis. Ini menunjukan bahawa minda kita suka kepada gambar dan warna.

 

Peta Minda bertujuan untuk mengubah nota yang ditulis secara liner kepada bentuk imeg yang boleh diingat sampai bila bila. Anda tidak perlu membaca dan membawa bahan yang tebal sebelum menghadapi peperiksaan tapi cukup sekadar sehelai kertas yang merangkumi semua maklumat yang sedia untuk dikeluarkan.

Thursday, August 18, 2011

Bengkel Peta Minda di Sekolah Rendah Methodis Sepang






































































































































Monday, June 13, 2011

Mengapa kita perlu menggunakan Peta Minda

Minda kita berfungsi atas 3 asas utama

1. Gambaran (Image)


Seperti yang telah saya ceritakan di dalam tulisan yang lalu, minda kita mula merakam segala apa yang kita lihat, rasa dan bau dalam bentuk image. Kita menghidu bau durian maka akan terpaparlah imeg buah durian dalam minda. Segala bentuk rakaman ini tersimpan dalam minda disebelah kanan atau minda separa sedar dengan begitu rapi dalam bentuk imeg dan maklumat. Rakaman ini boleh di "mainkan" semula sekiranya diperlukan pada bila bila masa.


2. Singkatan (Headline)


Apabila membaca akhbar, anda akan lebih mengingat tajuk utama yang ringkas daripada isi kandungan didalamnya. Mengikut kajian anda boleh mngingat 95% tajuk utama berbandingan kandungannya. Tajuk utama ini mesti ringkas, padat dan mewakili isi teks. Contohnya tajuk utama adalah "Gempabumi". Anda tidak perlu membaca keseluruhan teks sebab perkara ini serupa dan anda telah membaca berkaitan perkara ini sebelumnya. Cuma kalau anda ingin tahu lebih lanjut mungkin berapa ramai yang terlibat, kerugian dan tempat berlaku. Perkara yang lain anda sendairi boleh imeginasikan.


3. Hubungan atau rangkaian.


Anda merancang hendak membeli sebuah kereta Honda. Minda anda mula membayangkan jenis dan bentuk yang diminati. Saiz sportrim yang diperlukan dan lain lain. Anda mula membiarkan minda anda menganalisa apa yang dikehendaki secara berterusan bukan paksaan. Ianya akan berkait dalam bentuk rangkaian dan imeg. Berfikiran jenis ini akan menjadikan minda anda berfikir secara bebas dan berangkai rangkai seolah olah tiada habisnya.


Meseg yang hendak saya bawa adalah, cara membuat peta minda adalah serupa sebagaimana otak kita berfikir. Kombinasi antara gambar, tajuk dan rangkaian yang digunakan didalam peta minda sama seperti 3 cara otak kita berfungsi.

Thursday, June 9, 2011

Peta Minda untuk anak kakitangan EPF Seremban

Program ini telah diadakan pada 9 Jun 2011 bertempat di banguanan EPF seremban. Seramai hampir 70 orang pelajar dari darjah 3 hingga tingkatan 5 menyertainya. Alhamdulilah, program ini telah berjalan lancar. Anak anak pada mulanya begitu takut bermain dengan warna kini telah mula berani.

Sesi terapi yang dipekejkan dalam program ini telah memberikan peluang kepada anak anak meluahkan perasaan masing masing yang terpendam selama ini. Ibubapa pula memberikan sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti ini. Semoga program ini berjaya mempertingkatkan pembelajaran daya ingatan mereka dan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang.




Perasmian dilakukan oleh Pengurus EPF Cawangan Seremban








Aktiviti Brain Gym








Sesi Terapi kepada pelajar






Bengkel Peta Mind bermula























Monday, May 16, 2011

Proses pembentukan memori

Kita dilahirkan di dunia bersifat dan berupa sebagai seorang manusia seperti sekarang. Hanya yang membezakan adalah saiz fizikal pada ketika itu. Walaupaun dilahirkan dengan pancaindera yang lengkap seperti mata, hidung, telinga dan lain lain, tapi tahukah bahawa semua pancaindera tersebut sebenarnya tidak berfungsi. Dilahirkan dengan mata tapi kita tidak boleh melihat, telinga tidak boleh mendengar, mulut pula tidak boleh merasa. Pekeg yang diberikan oleh Allah SWT pada ketika itu hanyalah suara tangisan. Tangisan tersebut bukan kehendak bayi yang baru dilahirkan, kerana pada masa itu dia tidak merasa lapar dan tidak merasa sakit untuk menangis, tapi pekeg yang diberikan oleh Allah SWT untuk menunjukan kepada manusia itulah kebesaraNya.

Kita tidak boleh mengingat apa yang kita lakukan masa berumur 1, 2, 3 atau 4. Tapi kita mungkin boleh mengingat apa yang kita lakukan bila berumur 5 atau 6 tahun ke atas. Mengapa kita tidak boleh mengingat diri kita masa berumur 1 hingg 4 tahun kerana pada masa itu tidak ujud “connection” yang sempurna diantara pancaindera dan saraf yang menghubungi otak kita atau dalam bahasa mudah otak kita belum matang lagi.
Bermula dari umur 5 tahun seterusnya adalah proses pematangan semua pencendera dan minda kita. Minda kita telah mula merakam kejadian kejadian yang berlaku disekeliling kita. Rakaman tersebut tersimpan kemas dalam minda kita. Kalau kejadian tersebut merupakan kenangan yang menyeronokan akan tersenyumlah kita mengingatkan peristiwa tersebut seperti memancing ikan betuk dalam sawah, mengaji bersama kawan kawan, berkhatan beramai ramai dan lain lain. Sekiranya berlaku perkara yang menakutkan seperti dikejar anjling garang, terpegang ular sawa dan lain lain maka akan ujudlah emosi trauma yang boleh diingat sehingga ke hari ini.
Dimanakah semua peristiwa yang dirakam itu tersimpan?

Mengikut kajian, bermula dari kita mula boleh merakam semua peristiwa dalam hidup sehingga kita berumur 55 tahun, semua rakaman tersebut boleh dimuatkan kedalam 129,000 keping cd yang mempunyai kapasiti 500 mb. Rakaman ini sekiranya dimasukan kedalam minda kita, ruang yang digunakan tak sampai 1% pun. Ruang yang saya maksudkan adalah otak kanan atau minda separa sedar ataupun subconscious mind. Ini bermakna masih banyak lagi ruang kosong yang tidak digunakan lagi.

Semua peristiwa atau kenangan tersebut boleh dimainkan semula seperti kita menonton wayang walaupun peristiwa tersebut telah berlalu mungkin 30 atau 40 tahun lalu. Anda boleh bayangkan wajah datuk anda yang telah lama pergi, gelak ketawanya dan lain lain. Kenapa kita masih boleh mengingatinya? Kerana semua peristiwa ini tersimpan dalam bentuk imeg. Salah satu sifat imeg ialah mudah diingat atau di “recall” balik.
Meseg yang hendak saya sampaikan adalah masih terdapat banyak lagi ruang kosong dalam minda kita khususnya otak kanan. Gunakan gabungan warna, imeg dan bentuk untuk memperkuatkan ingatan. Semua ciri ciri ini terdapat dalam peta minda.

Tuesday, May 10, 2011

Program Peta Minda di SMK Smk Dato Haji Mohd Redza

Program Peta Minda ini telah diadakan pada 5 Mei 2011. Seramai 200 orang pelajar telah menyertai program ini