Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tinggal Tahun 2007 dan Selamat Datang 2008

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera

Semalam kita baru melangkahkan kaki ke tahun 2008. Usia kita semakin meningkat, usia anak anak semakin bertambah, harga barang pula semakin meningkat dan begitu juga dengan yuran serta kos pembelajaran. Nasihat saya kepada ibu bapa supaya kembangkan teknik pembelajaran anak anak kita tidak kira apa jua teknik yang digunakan. Memang tidak dapat dinafikan anak-anak kita rajin membaca dan mengulangkaji, tapi perlu ingat jangan jadikan mereka seperti robot membuat sesuatu perkara mengikut program yang dibuat oleh orang lain. Biarkan mereka menentukan program mereka dan kita bertugas sebagai pemantau. Jadiakn anak-anak kita orang yang kreatif dalam semua bidang.
Dari hasil pembacaan mereka, berapa peratuskah maklumat yang dibaca boleh dikeluarkan semasa menjawab soalan peperiksaan. Jumlah peratus yang dikeluarkan bergantung kepada teknik pembelajaran yang digunakan. Mereka sebenarnya berusaha untuk melakukanya sendiri sebeb itu kita boleh lihat ada diantara anak-anak kita membuat garisan fakta penting, mewarnakan dengan pelbagai warna dan lain lain pada nota mereka. Biarkan merka melakukan kerana itu adalah daya kreativiti mereka.
Teknik seperti mengaris, mewarnakan dan pelbagai lagi sebenarnya ada di dalam Peta Minda. Galakan mereka menggunakan teknik ini kerana ianya boleh menambahkan daya ingatan pelajar. Anda boleh bertanyakan lebih lanjut melalui forum ini http://nsdk.20.forumer.com/
supaya semua orang dapat berkongsi bersama.
Akhir kata, Selamat tahun Baru kepada semua ahli semoga agar tahun ini menjadikan hidup anda dan anak-anak anda sentiasa ceria.
Sekian