Tuesday, July 15, 2008

Fikiran Separa Sedar berhububg antara satu sama lain

Baru ini saya pergi ke sebuah komplek membeli belah untuk mencari sebuah handset bagi mengantikan handset saya yang hilang.. Sebelum ini saya ada membuat survey di sini dan amat tertarik dengan satu model. Walaubagaimanapun saya tidak begitu mengambil perhatian dengan nama kedai tersebut tapi yang saya ingat kaunter untuk melayan pelanggan agak unik sedikit. Saya berpusing pusing mencari dimanakah kedai tersebut hampir setengah jam. Saya berhenti sekejap minum untuk menghilangkan dahaga. Saya terus berfikir dimanakah letak kedai tersebut. Saya pejamkan mata sebentar sambil membawa minda "berjalan jalan kawasan tersebut.
 
Selesai sahaja minum, saya meneruskan pencarian. Saya pun bertanya pada diri sendiri " Mana dia kedai tu?", inilah perkatan yang saya sebut sebut sambil berpusing pusing. Masa saya menyebut perkataan tersebut saya berselisih dengan sepasang kekasih berjalan sambil berbual dengan nada yang agak kuat sedikit. Sambil mereka berbual pasangan perempuan tersebut menyebut " dekat tingkat dua la yang" walhal perkara yang diperbualkan oleh pasangan tersebut berlainan dengan apa yang saya maksudkan. Saya betul betul tergamam seolah olah beliau memberi jawapan persolana saya tadi. Saya terus naik ketingkat dua dan terpaku bila melihat kedai tersebut betul berhadapan saya.
 
Mesej yang hendak saya sampaikan adalah subconscious kita saling berhubung antara satu sama lain. Perhubungan akan jadi lebih kuat apabila satu pengenalan di bayangkan didalam fikiran kita seperti wajah, suara dan lain lain. Anda duduk sebentar dan cuba bayangkan wajah seseorang, bayangkan senyuman, bunyi ketawa, bau dan lain lain rangsangan. Selepas itu cuba tanyakan kepada sipolan yang anda bayangkan tadi.
 
Bagi para pelajar, selalu bayangkan dengan penuh keyakinan yang anda akan berjaya dalam peperiksaan. Bayangan tersebut akan tertanam terus  ke dalam subconscious mind dan peranan subconcious mind pula akan mengaturkan dan menunjukan jalan dimana mana sahaja haluan yang mendatangkan kejayaan.