Sunday, January 31, 2010

Mulakan pagi anda dengan penuih ceria

Kita selalu mendengar perkataan "Senyuman itu adalah satu sedekah". Senyuman yang sering kita berikan selama ini kebanyakan untuk orang lain tapi kita tidak pernah memberikan senyuman untuk diri kita sendiri. Bagaimana untuk melakukanya. Setiap pagi bila bangun pagi katakan "syukur Alhmdulilah aku masih diberi peluang untuk hidup lagi". Kemudian lihat wajah dicermin dan berikan senyuman yang paling indah untuk diri sendiri.

Meseg yang hendak saya sampaikan adalah apabila kita mulakan pagi kita dengan pagi yang positif maka sepanjang hari yang kita lalui akan dipenuhi dengan perkara yang positif. Anda akan mendapat pujian dari chegu, anda seronok membuat kerja atau ringkasnya setiap perkara yang dilakukan amat menyeronokan.

Bagaimana pula sekiranya pagi tersebut anda mulakan dengan mood yang negatif maka sepanjang perjalanan hidup yang anda lalui semunya tidak kena.

Jadi setiap bangun pagi sebelum pergi belajar sentiasa bersyukur dan berikanlah senyuman yang paling indah untuk diri sendiri.

Belum cuba belum tahu. Mulakan hari ini dan anda akan dapat buktinya nanti

1 Comments:

At June 18, 2011 at 4:00 AM , Blogger Assyifa Natasha said...

Assalamualaikum ...
syabas pn. arina & en. fuad...bengkel di smka dato' haji abu hassan haji sail(smka pedas) cukup menarik...t.kasih kerana telah membantu saya belajar dgn lbih seronok...dan saya tdk takut bermain dgn warna lagi....alhamdulillah...wassalam
>muslimah_sejati<

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home