Wednesday, November 21, 2007

Belajar Melalui Imeginasi

Terdapat manusia yang berkebolehan belajar melalui audioteri (pendengaran). Manusia jenis ini mampu mengingati apa yang dipelajari hanya mendengar sahaja tanpa melihat perkara yang diajar oleh guru. Beruntunglah manusia seperti ini kerana dengan hanya menggunakan telinga, segala yang didengari akan terus masuk kedalam minda mereka.
Tetapi, kebanyakan manusia dimukabumi ini menggunakan kebolehan visual atau imeginasi untuk belajar sesuatu perkara. Imeginasi adalah membayangkan bentuk atau rupa sebelum menghuraikan dengan lebih mendalam. Apabila kita hendak bercerita tentang sebuah kerusi maka kita akan membayangkan dahulu rupa bentuk kerusi tersebut dan barulah huraian dibuat.
Konsep yang sama inilah yang hendak dibawa kepada para pelajar iaitu menggunakan daya imeginasi bagi menghuraikan sesuatu permasalahan. Peta Minda mencampurkan imeginasi rupa, bentuk, warna dan lain lain bagi memperkuatkan daya ingatan. Para pelajar yang menjadikan Peta Minda sebagai teknik pembelajaran biasanya mempunyai daya ingatan yang tinggi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home