Tuesday, November 27, 2007

Bagaimana Melatih Minda Kita

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Artikal saya kali ini akan banyak menyentuh bagaimana untuk melatih minda kita supaya apa yang kita kehendaki pasti akan berjaya. Pernahkah anda mendengar cerita bagaimana seorang peladang mengasuh anjingnya dengan hanya membunyikan loceng anjing tersebut tahu maksud bunyinya. Maksud saya adalah bagaimana peladang tersebut dapat memprogramkan anjingnya dengan membunyikan loceng.

Pada awalnya beliau akan memanggil nama anjingnya apabila tiba masa untuk diberi makan. Lama kelamaan peladang tua ini tidak mampu menjerit-jerit memanggil anjingnya. Tektik baru yang dibuatnya adalah dengan memanggil nama anjing tersebut kemudian di ikuti dengan 3 kali ketukan loceng. Dari hari ke hari ketukan loceng tersebut telah melebihi suaranya.

Minggu berikutnya peladang ini memanggilnya hanya dengan 3 kali ketukan loceng dan anjing tersebut terus faham bahawa masa makan sudah sampai.

Meseg dari cerita ini adalah setiap manusia boleh memprogramkan minda nya sendiri menggunakan satu perbuatan lain yang dipanggil sebagai "anchor". Bagi peladang tadi "anchor" barunya adalah bunyi loceng. Ini bermakna beliau telah berjaya memprogramkan anjingnya dengan menggunakan "ancor" loceng.

Anda sebagai seorang pelajar juga boleh mengambil contoh tadi untuk memprogramkan minda masing masing. Contohnya setiap kali sebelum tidur baca nota peta minda dan amalkan selama sebulan. Akhirnya secara automatik anda akan lakukan perkara ini kerana anda telah memaklumkan kepada subconscious bahawa ini adalah program baru anda. Subconscious atau minda separa sedar tidak tahu perkara tersebut baik atau buruk. Dia hanya mengikut sahaja apa yang anda kehendaki.

Saya akan menulis lebih lanjut lagu mengenai kelakuan minda separa sedar yang sekarang ini jarang digunakan di lain artikal

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home