Friday, November 16, 2007

Berkongsi pengalaman dengan orang yang telah berjaya

Melukis peta minda sedang anda mendengar kuliah atau ceramah sebenarnya merangsang otak anda untuk berfungsi dengan aktif. Anda cuba mengaitkan isi yang disampaikan dengan gambarajah yang anda lukis dan ini membuatkan anda tidak leka dari apa yang disampaikan.

Maryam Jailani, 23 tahun, pelajar terbaik Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2005 berkongsi mengenai teknik pembelajaran beliau yang memudahkan beliau untuk cemerlang dalam pelajarannya. Kata beliau, beliau akan melakar peta minda mengikut pemahamannya di dalam setiap subjek sewaktu pensyarah sedang mengajar di dalam kelas. Berbeza dari rakan-rakannya yang mengambil nota biasa dari subjek yang diajar, beliau akan terus memasukkan apa yang diajar ke dalam peta minda beliau. Peta minda itulah yang akan digunakan sebagai rujukan sehinggalah peperiksaan akhir.

Dengan itu, beliau tidak perlu lagi membuat nota-nota kecil atau peta minda seperti rakan-rakannya yang lain sebagai persediaan untuk ke peperiksaan akhir kerana peta minda yang dilukisnya di dalam kelas sudah cukup lengkap dan mudah difahami. Selain menjimatkan masa, Maryam mendapati penggunaan peta minda amat berkesan dalam membantunya mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan tugasan yang diberikan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home